Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WordPress Kini Menjana Lebih 25% Laman Web Seluruh Dunia

WordPress merupakan salah satu CMS (content management system yang digunakan secara meluas di web – bukan terhad kepada blog semata-mata, sebaliknya turut menjana portal web, laman e-dagang, forum, laman keahlian dan sebagainya.

Terkini, berdasarkan statistik semasa, WordPress dilihat menjana lebih kurang 25% web yang aktif hari ini – menjadikan ia sebagai salah satu sistem pengurusan web yang digunakan secara meluas berbanding beberapa sistem lain di pasaran.

WordPress 25%

Bercakap mengenainya, Matt Mullenweg mengatakan merka ingin terus memperluaskan penggunaan WordPress di seluruh dunia, dan melihat angka 57% web yang tidka menggunakan sebarang CMS sebagai sasaran mereka yang seterusnya.

WordPress ditawarkan secara percuma dalam bentuk sumber terbuka, selain pengguna juga turut boleh mendaftarkan akaun percuma di WordPress.com hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WordPress Kini Menjana Lebih 25% Laman Web Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info