Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telekom Malaysia Akan Menawarkan PlayStation 4 Pada Harga Serendah RM1449?

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan teaser mengatakan mereka akan menjual PlayStation 4 untuk pelanggan mereka, dan kini beberapa info lanjut mengenainya dikongsikan pihak Telekom Malaysia melalui akaun Twitter mereka.

PlayStation 4 Star Wars

Melalui apa yang dikongsikan Telekom Malaysia, mereka akan menawarkan dua variasi PlayStation 4, iaitu versi biasa dan juga versi edisi khusus Star Wars.

PlayStation 4 versi biasa akan ditawarkan pada harga RM1449, sementara edisi Star Wars pula pada harga RM1849. Pihak Sony telah menjual edisi Star Wars sebelum ini pada harga sama, tetapi ia dilihat mereka telah membuang penyenaraian model berkenaan daripada halaman jualan mereka, menjadikan pengguna perlu mendapatkannya melalui Telekom Malaysia. Namun, harga jualan PS4 edisi biasa adalah lebih murah RM100 berbanding harga jualan Sony di kedai pengedar rasmi mereka.

TM PS4

Menurut pihak Telekom Malaysia melalui akaun Twitter mereka juga, pengguna akan diperlukan untuk menaik-taraf kepada pakej yang lebih laju untuk menikmati pakej ini.

Telekom Malaysia akan mengumumkan pakej mereka secara rasmi untuk penawaran PlayStation 4 ini pada pukul 3 petang hari ini, 1 Disember 2015.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telekom Malaysia Akan Menawarkan PlayStation 4 Pada Harga Serendah RM1449?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info