Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telegram Memperkenalkan Supergroup – Menyokong Sehingga 1000 Ahli

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan pada peranti mudah-alih yang terkenal, dan sering diperkatakan sebagai penganti untuk WhatsApp. Terkini, hari ini mereka memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi mereka di Android, iOS dan juga Windows Phone, membawakan sokongan baru dinamakan sebagai Supergroups.

Melalui fungsi Supergroups ini, ia membolehkan pengguna membuat kumpulan pengguna dengan ahli mencapai sehingga 1000 orang ahli. Sebelum ini, fungsi Group biasa hanya sekadar menyokong sehingga 200 orang sahaja, dan fungsi baru ini menyasarkan kepada kumpulan yang lebih besar.

Disamping itu, untuk Supergroup, jika terdapat ahli baru yang masuk, mereka boleh membaca keseluruhan mesej dari awal. Pada masa yang sama, setiap mesej yang dipadam oleh seseorang juga akan dipadam pada semua pengguna yang lain.

Telegram Messenger AdminsKumpulan yang mempunyai sehingga 200 pengguna di Telegram akan diberikan pilihan untuk menaik-taraf ke Supergroup ini bermula hari ini.

Disamping itu, satu lagi perkara baru yang dibawakan oleh Telegram versi baru adalah sokongan kawalan dengan memperkenalkan fungsi pentadbir. Kini, beberapa pentadbir boleh dipilih pada Telegram Groups untuk memudahkan pentadbiran dan mengawal apa yang disembangkan. Pentadbir juga boleh membuang pengguna lain daripada sesuatu Group berkenaan.

Fungsi baru ini boleh dinikmati pengguna dengan mengemaskini aplikasi permesejan Telegram Messenger mereka kepada versi terbaru hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telegram Memperkenalkan Supergroup – Menyokong Sehingga 1000 Ahli"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info