Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tawaran Spotify Premium Percuma Kini Boleh Ditebus Pengguna Chromecast Malaysia

Chromescast ialah peranti yang mengubah televisyen LED biasa anda menjadi sebuah televisyen pintar. Ia boleh digunakan untuk menonton video melalui penstriman Youtube ataupun mendengar muzik menggunakan Spotify. Chromecast sudah dijual di Malaysia sejak April yang lalu dan sekiranya anda memilikinya anda kini boleh menebus tawaran Spotify Premium percuma selama tiga bulan. Ini adalah tawaran yang sama seperti yang diberikan kepada pengguna Chromecast Amerika Syarikat sebelum ini.

Chromecast Malaysia Spotify

Untuk menebus tawaran percuma ini, anda harus berada berhampiran dengan Chromecast anda. Kemudian pergi ke pautan khas ini dan ikuti langkah-langkah yang diberikan pada skrin. Berita buruk disini ialah anda anda perlu mempunyai sebuah kad kredit untuk menebus tawaran ini. Butiran kad kredit ini diperlukan sebelum pengesahan tawaran diberikan. Jadi sekiranya anda mempunyai Chromecast dan masih belum mempunyai akaun Spotofy Premium ini adalah peluang anda untuk mencubanya secara percuma selama 90 hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tawaran Spotify Premium Percuma Kini Boleh Ditebus Pengguna Chromecast Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info