Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SmartPoles – Lampu Jalan Pintar Juga Berfungsi Sebagai Menara Selular

Menara selular adalah perlu bagi menjamin kualiti perkhidmatan selular yang baik. Di Malaysia umum kita ketahui kadang kala ada kawasan “mati” di mana isyarat selular tidak dapat diterima oleh peranti pintar. Ini mengakibatkan peranti pintar tidak mampu mengakses perkhidmatan suara dan juga data. Untuk membina menara baru kos pembinaannya adalah besar dan memerlukan kawasan tanah khas. Phillips mempunyai jalan penyelesaian unik dengan menghasilkan Smartpoles. Ia lampu jalan pintar dengan kemampuan berfungsi sebagai menara selular.

Phillips-Smartpoles-2

SmartPoles ialah usaha sama Phillips dan Ericsson. Lampu jalanan pintar ini mengambil alih tugas menara selular tradisional di kawasan yang mempunyai capaian rangkaian yang lemah. Sebanyak 100 SmartPoles akan dipasang di Los Angeles dalam masa 4 bulan bagi memperbaiki mutu perkhidmatan selular di kawasan yang bermasalah. Selain itu setiap lampu SmartPoles boleh dikawal menggunakan aplikasi. Kadar penggunaan elektrik harian serta hayat lampu LED turut boleh dipantau hanya menggunakan aplikasi. Ini menurut Phillips mengurangkan kos operasi sebanyak 70%.

Rasanya jika teknologi ini digunakan di Kuala Lumpur masalah panggilan terputus dan capaian rangkaian yang lemah mungkin dapat diselesaikan. Diharap syarikat telekomunikasi Malaysia boleh mempertimbangkan teknologi ini. Di tengah-tengah KLCC kami pernah mengalami masalah tiada langsung rangkaian. Ini adalah tidak boleh dimaafkan kerana kita kurang 5 tahun sahaja lagi sebelum 2020.

Phillips-Smartpoles-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "SmartPoles – Lampu Jalan Pintar Juga Berfungsi Sebagai Menara Selular"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info