Blackberry Priv sudah mula dijual di beberapa pasaran dunia dan adalah cubaan Blackberry untuk kekal di dalam dunia penghasilan peranti pintar. Peranti pertama mereka yang menggunakan sistem operasi Android ini mendapat ulasan yang bercampur baur. Rungutan yang kami lihat adalah harga jualannya yang terlalu mahal. Oleh itu sebuah peranti Android Blackberry dengan harga yang lebih mampu milik memang dinantikan oleh pengguna. CEO Blackberry sendiri mengesahkan mereka akan menghasilkan lebih banyak peranti Android selepas Priv.
Hari ini rekaan yang dikatakan Blackberry Vienna tertiris. Ianya peranti kedua Blackberry yang diperkasakan Android dengan spesifikasi sederhana. Ia masih mempunyai papan kekunci fizikal tetapi tidak seperti Priv kekunci ini tidak boleh dilunsur untuk disimpan. Seperti biasa Vienna bukanlah nama rasmi peranti ini. Seperti yang anda ingat nama asal Priv sebelum diumumkan ialah Venice. Rekaan Vienna nampak menarik dan kemas. Apakah pula pendapat anda tentang Vienna? Menarik ataupun tidak?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Blackberry Vienna Tertiris – Peranti Android Kedua Blackberry"