Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android Wear Kini Menyokong Rangkaian LTE Pada Jam Tangan Pintar

Jam tangan Android Wear generasi pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna. Kami sendiri terasa seperti mahu memiliki sebuah Moto 360 kerana rekaan skrin bulatnya (walaupun dengan tayar pancit) yang amat menarik. Tetapi tidak seperti jam tangan Samsung Gear S2 3G dan Gear S, kesemua jam tangan Android Wear tidak mempunyai sokongan selular. Ia perlu ditambat kepada peranti pintar bagi mendapatkan kesemua notifikasi yang anda perlukan.

LG Watch Urbane 2nd Edition LTE

Google hari ini mengesahkan Android Wear kini akan menyokong rangkaian selular LTE. LG Watch Urbane 2nd Edition LTE pula adalah jam tangan pintar Android Wear pertama yang akan menggunakan selular terkini ini. Jam tangan pintar ini akan mula dijual di beberapa pasaran terpilih bermula bulan ini. Ia mempunyai skrin P-OLED bulat beresolusi 480×480 pixel, diperkasakan pemproses Snapdragon 400, RAM sebesar 768 Mengabyte, muatan dalaman 4 Gigabyte dan beteri sebesar 570 mAh. Tidak seperti Gear S2 3G yang menggunakan e-SIM, jam tangan pintar LG ini menggunakan sebuah Nano SIM.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android Wear Kini Menyokong Rangkaian LTE Pada Jam Tangan Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info