Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perbandingan Huawei Mate 8, Nexus 6P & Motorola Moto X Style

Huawei Mate 8 dilancarkan secara rasmi di China dan ianya peranti utama yang diperkasakan pemproses terkini HiSilicon Kirin 950. Ia dilengkapi pengimbas jari dan kamera utama sebesar 16 Megapixel dengan sokongan OIS. Mari lihat perbandingan phablet ini dengan dua lagi peranti yang mempunyai saiz skrin serta kemampuan memproses yang setanding iaitu Nexus 6P dan Motorola Moto X Style.

Motorola Moto X Style

Kemaskini: November 27, 2015
Anggaran: RM1519
  • 5.7" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5.7-inci TFT LCD dengan paparan Quad HD (1440x2560 pixel). Menawarkan kadar PPI 520PPI.

  • Snapdragon 808

    Menggunakan Snapdragon 808 1.8Ghz, dan dilengkapi sokongan Adreno 418 GPU.

  • 3GB RAM

    Memori 3GB RAM untuk penggunaan aplikasi yang lancar.

  • 16GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan bermula daripada 16GB, 32GB, 64GB, dan 128GB. Boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

  • 128GB MikroSD

    Membolehkan pengguna memperluaskan ruangan storan menggunakan kad mikro-SD.

  • 21MP Kamera

    Kamera belakang 21-megapixel PDAF dengan aperture f/2.0. Menawarkan sokongan fokus pantas, dan rakaman video 4K pada kadar 30fps.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 5-megapixel dengan aperture f/2.0. Menyertakan lensa rakaman luas, dan 1.4um pixel untuk rakaman pada keadaan cahaya rendah.

  • 4G LTE

    Menyokong rangkaian 4G LTE Cat.6 yang menawarkan sokongan muat-turun pada kelajuan mencapai 300Mbps.

  • 3000 mAh Bateri

    Menawarkan penggunaan bateri sepanjang hari. Menyokong sokongan pengecasan pantas, dipanggil Turbo Charging. Penggunaan selama 10 jam dengan pengecasan selama 15 minit.

  • Android 5.1

    Menggunakan Android 5.1 Lollipop, tanpa sebarang penambahan drastik pada antaramuka.

Huawei Mate 8

Kemaskini: November 27, 2015
Anggaran: RM2125
  • 6" Saiz Paparan

    Hadir dengan skrin 6-inci dan paparan resolusi penuh 1080p.

  • Kirin 950

    Menggunakan cip pemprosesan Kirin 950 2.3GHz. Membawakan gabungan Cortex A53 1.8Ghz, dan Cortez A72 2.3Ghz. Menyertakan sokongan Mali-T880MP4.

  • 3GB RAM

    Hadir dalam pilihan memori 3GB dan 4GB RAM. Memori 3GB RAM hadir dengan storan 32GB, sementara 4GB dengan pilihan storan lebih besar.

  • 32GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan 32GB / 64GB / 128GB NAND. Boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

  • 128GB MikroSD

    Boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

  • 16MP Kamera

    Kamera belakang 16-megapixel dengan lensa daripada Sony, iaitu Sony IMX298 1/2.8" (1.12µm pixel). Aperture F/2.0.

  • 8MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 8-megapixel, dengan aperture F/2.4. Menggunakan lensa Sony IMX179 (1.32µm pixel).

  • 4G LTE

    Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM. Menggunakan SIM berasaskan nano untuk kedua-duanya. Tidak boleh menggunakan kad mikro-SD apabila menggunakan SIM kedua.

  • 4000 mAh Bateri

    Bateri berkapasiti 4000mAh, dan hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Bateri boleh dicas sehingga 37% dalam masa 30 minit.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka tersendiri Huawei, iaitu Emotion UI 4.0.

Huawei Nexus 6P

Kemaskini: November 27, 2015
Anggaran: RM2999
  • 5.7" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan resolusi 1440x2560 pixel.

  • Snapdragon 810

    Menggunakan cip Snapdragon 810 dengan kelajuan 2.0Ghz, dan dilengkapi sokongan grafik Adreno 430.

  • 3GB RAM

    Memori sebanyak 3GB RAM untuk penawaran penggunaan yang lancar.

  • 32GB Storan

    Hadir dalam pilihan bermula 32GB, 64Gb dan 128GB. Tiada sokongan mikro-SD.

  • Tiada ruang MikroSD
  • 12MP Kamera

    Kamera belakang 12-megapixel yang turut hadir dengan sokongan autofokus pantas (Laser Autofokus), dan dwi-LED dua tona.

  • 8MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 8-megapixel yang boleh merakamkan gambar selfie, selain video pada resolusi 1080p@30fps.

  • 4G LTE

    Menyokong rangkaian 4G LTE, dan hadir dengan sokongan hanya satu-SIM sahaja.

  • 3450 mAh Bateri

    Menggunakan bateri 3450mAh yang tidak boleh ditanggalkan.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Telefon pintar Android 6.0 Marshmallow paling awal di pasaran. Menerima kemaskini terus daripada Google.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perbandingan Huawei Mate 8, Nexus 6P & Motorola Moto X Style"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info