Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Moto G Turbo Edition Diperkenalkan Di Mexico – Paparan HD Penuh Dan Kalis Air

Motorola pada tahun ini telah memperkenalkan Moto G 2015, dan selain daripadanya, kini mereka turut memperkenalkan sebuah variasi baru peranti berkenaan, dinamakan sebagai Moto G Turbo Edition. Peranti baru ini telah diumumkan di Mexico sahaja buat masa ini.

Moto G Turbo Edition

Moto G Turbo Edition hadir dengan beberapa penambah-baikkan, dan salah satunya adalah penggunaan skrin 5-inci dengan paparan HD penuh – berbanding hanya 720 sebelum ini. Disamping itu, kini Moto G Turbo Edition menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615.

Spesifikasi lain kekal sama, termasuk penggunaan ruangan storan 16GB, memori 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 5-megapixel. Moto G Turbo Edition ini hadir dengan bateri berkapasiti 2470mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.

Melengkapkan juga peranti ini adalah sokongan kalis air, IP67. Seperti biasa, ia menggunakan sistem operasi Android, dan tidak menyertakan penambahan antaramuka yang banyak seperti pengeluar lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Moto G Turbo Edition Diperkenalkan Di Mexico – Paparan HD Penuh Dan Kalis Air"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info