Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Menguji Fungsi Penggunaan Multi-Akaun Pada Android

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian gambar popular. Sebelum ini, kami pernah berkongsikan yang mana salah satu ciri yang kami inginkan pada Instagram adalah sokongan multi-akaun. Kini, pihak Instagram dilihat telah mengujinya pada Android, dan mungkin memperkenalkannya kepada umum tidak lama lagi.

Beberapa pengguna Instagram mempunyai lebih daripada satu akaun – terutamanya jika mereka menguruskan akaun sosial untuk syarikat atau perniagaan mereka. Sebelum ini, salah satu kaedah untuk menggunakan dua akaun pada peranti sama adalah melalui Instwogram.

Kini, melalui ujian pada aplikasi Instagram Beta untuk Android, sesetengah pengguna telah dapat melihat mod pilihan multi-akaun pada aplikasi mereka. Fungsi ini tidak dipaparkan kepada semua, dan lebih kepada ujian buat masa ini.

Memandangkan pihak Instagram telah memulakan ujiannya dikalangan pengguna umum, maka tidak mustahil untuk kita melihat ia diperkenalkan secara meluas tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menguji Fungsi Penggunaan Multi-Akaun Pada Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info