Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hyundai Menggantikan Manual Kereta Dengan Aplikasi Augmented Reality

Apabila anda membeli kereta baru, adakah anda mengambil masa untuk membaca manual yang disertakan? Kami yakin di antara pembaca Amanz tidak ramai membaca manual ini kerana ianya membosankan. Manual ini mungkin hanya akan digunakan apabila berlaku kecemasan seperti tayar pancit kerana anda tidak pasti di manakah letaknya kawasan selamat meletakkan biku bagi menaikkan kereta. Hyundai sudah mula memperkenalkan manual kenderaan dalam bentuk aplikasi iOS sejak 2010. Pada tahun 2014 mereka menyertakan manual sebagai aplikasi terbina yang boleh diakses melalui skrin sesentuh sistem audio kenderaan. Tahun ini mereka mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan memperkenalkan manual yang menggunakan teknologi augmented reality (A.R).

Hyundai-Virtual-Guide-1

Aplikasi Hyundai Virtual Guide akan memaparkan setiap fungsi pada kenderaan anda dengan hanya menggunakan aplikasi kamera terbina. Terdapat 85 video, 56 laman tutorial dan enam paparan 3 Dimensi boleh diakses menggunakan aplikasi ini. Buat masa ini aplikasi VR ini hanya menyokong kereta Hyundai Sonata edisi 2015. Ia juga hanya menyokong peranti pintar Android dan iOS.  Pihak Hyundai masih akan tetap memberikan manual fizikal di dalam kereta. Aplikasi ini hanya digunakan untuk memaparkan maklumat paling penting dan memastikan kenderaan digunakan dengan betul oleh pemilik baru.

Hyundai-Virtual-Guide-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Hyundai Menggantikan Manual Kereta Dengan Aplikasi Augmented Reality"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info