Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Membolehkan Anda Memaparkan Carian Bergerak Seperti Pembukaan Filem Star Wars

“A long time ago in a galaxy far far away”, ini adalah babak pertama setiap filem Star Wars sejak ia menemui peminat di layar perak pada tahun 1977. Tulis berwarna biru berlatar belakang angkasa lepas ini diikuti pula oleh lagu tema oleh John Williams dan teks jalan cerita yang bergerak ke atas skrin untuk dibaca. Filem A New Hope ialah pertama yang dihasilkan tetapi adalah episod ke empat di dalam saga Star Wars. Oleh itu teks pembukaan yang memberikan sinopsis dunia Star Wars ini penting bagi memberitahu penonton latar belakang filem opera angkasa lepas ini.

Star Wars Easter Egg Google

Bagi menyambut filem ke tujuh Star Wars yang muncul bulan hadapan, Star Wars kini membenarkan anda mengubah paparan carian di laman Google untuk kelihatan seperti pembukaan filem ikonik ini. Anda hanya perlu menaik “A long time ago in a galaxy far far away” untuk mengaktifkan telur Easter ini. Keseluruhan paparan carian ini akan bergerak secara tanpa henti. Google nampaknya menyokong kemunculan filem ini secara besar-besar. Selain mod carian bergerak ini, mereka turut membenarkan anda memilih untuk memihak kepada Jedi ataupun Sith. Selepas pilihan dilakukan latar belang GMail anda akan berubah, palang muat turun akan menjadi Lightsaber dan navigasi Waze akan menggunakan suara C3PO.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Membolehkan Anda Memaparkan Carian Bergerak Seperti Pembukaan Filem Star Wars"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info