Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Memperkenalkan Yonder Music Untuk Pelanggan Mereka – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman Muzik

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman muzik di pasaran hari ini, dan terkini Celcom menambah satu lagi penawaran baru untuk pengguna pascabayar dan prabayar mereka, dinamakan sebagai Yonder Music.

Yonder Music

Yonder Music

Yonder Music

Yonder Music ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS, dimana melaluinya pengguna boleh boleh mengakses jutaan lagu untuk dimuat-turun dan didengar melaluinya secara percuma. Yonder turut hadir dengan integrasi sosial, membolehkan ia mengumpulkan data berkaitan lagu-lagu yang diminati anda, dan seterusnya hadir dengan playlist yang khusus untuk anda.

Untuk menarik ramai menggunakan Yonder Music ini, pihak Celcom menawarkan akses penstriman tanpa sebarang penggunaan data, disamping turut menawarkan lagu-lagu eksklusif percuma untuk pengguna Yonder Music pada setiap hari Jumaat pertama setiap bulan. Perkhidmatan Celcom turut diintegrasikan pada Yonder Music untuk membolehkan pengguna membuat pembelian pelan internet atau Call Me Tones melaluinya.

Yonder Music

Yonder Music

Bagi para pelanggan Celcom, anda boleh menikmati langganan percuma untuk Yonder Music ini bermula daripada 19 November sehingga 18 Disember kelak sebagai promosi pengenalan. Aplikasi khusus Yonder Music untuk Celcom telah diterbitkan di Google Play Store, namun masih tidak lagi pada Apple AppStore buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Celcom Memperkenalkan Yonder Music Untuk Pelanggan Mereka – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman Muzik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info