Apple sebelum ini telah menjanjikan bakal menawarkan aplikasi Apple Music untuk pengguna Android. Hari ini, gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat tersebut telah pun menerbitkan aplikasi mereka di Google Play Store.
Ini sekaligus membolehkan para pengguna Android untuk memuat-turun dan menggunakannya dalam mendengar lagu dalam bentuk penstriman, selain turut mendengar radio Beats 1.
Aplikasi ini masih dilabelkan sebagai bentuk beta, dan memerlukan akaun Apple ID untuk menggunakannya. Jika anda sedia menggunakan Apple Music, maka ia akan sync dengan aplikasi di Android ini.
Apple menawarkan langganan 3-bulan percuma untuk Apple Music ini, memberikan akses kepada lebih 30 juta lagu.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun Apple Music dan mencubanya pada peranti Android anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Music Kini Sedia Dimuat-turun Dan Digunakan Pengguna Android"