Xiaomi hari ini telah mula menghantar jemputan khas untuk acara yang dijadualkan pada 3 November kelak. Tiada sebarang info yang dikongsikan oleh Xiaomi berkenaan apakah yang bakal mereka lancarkan – tetapi daripada warna yang digunakan pada jemputan, ia dilihat berkemungkinan adalah Redmi Note 2.
Redmi Note 2 telah dilancarkan di China sebelum ini, dimana ia hadir dengan skrin 5.5-inci, dijana menggunakan cip MediaTek Helio X10 – seprti digunakan pada HTC One M9+, dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, serta hadir dengan bateri berkapasiti 3060mAh yang boleh ditanggalkan.
Peranti ini hadir dalam beberapa pilihan warna, dan dijangka akan menawrkan harga yang kompetitif – berkemungkinan dibawah RM700.
Jemputan tersebut juga memperlihatkan Hugo Barra sendiri akan menghadirkan diri ke Malaysia untuk pelancaran berkenaan – mungkin kerana ini adalah pertama kali Redmi Note 2 dilancarkan di luar China.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Bakal Memperkenalkan Produk Baru Di Malaysia Minggu Hadapan – Redmi Note 2?"