Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Akan Melancarkan Mi TV 3 Esok – Bersama Produk Lain

Xiaomi 19 OktoberXiaomi telah hadir dengan teaser ringkas untuk peranti baru mereka yang bakal dilancarkan pada 19 Oktober, iaitu esok. Pelbagai teka-teki berkaitan dengannya telah hadir sejak daripada teaser tersebut, dan kini pihak Xiaomi mengesahkan yang mana mereka akan mengumumkan televisyen pintar terbaru mereka esok, iaitu Xiaomi Mi TV 3.

Pengenalan televisyen pintar baru ini mungkin tidak dijangka ramai, memandangkan mereka baru sahaja melancarkan televisyen pintar 4K baru mereka pada bulan Julai yang lepas dinamakan Xiaomi Mi TV 2s.

Ia masih lagi tidak diketahui apakah pengumuman mengejut yang akan dibuat oleh Xiaomi, memandangkan mereka kini berkongsi produk apa yang bakal dilancarkan.

Mungkinkah televisyen ini akan ditawarkan pada peringkat global memandangkan fokus Xiaomi terhadap India akhir-akhir ini, atau masih memfokuskan pasaran China sahaja memandangkan kandungan yang terhad untuk pasaran global?

Selain daripada Xiaomi Mi TV 3, pihak Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan produk lain pada acara yang sama. Teaser terakhir yang dikeluarkan oleh Xiaomi turut memperlihatkan mereka mungkin akan memperkenalkan produk dibawah kategori kamera pada acara tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Akan Melancarkan Mi TV 3 Esok – Bersama Produk Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info