Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Waze 4.0 Diperkenalkan Untuk iOS – Membawakan Rekaan Antaramuka Baru

Waze yang kini dimiliki oleh Google telah pun mula menawarkan kemaskini aplikasi versi baru mereka kepada para pengguna peranti iOS, dimana salah satu perubahan besar yang dibawakan oleh aplikasi berkenaan adalah kemaskini pada antaramuka dan rekabentuknya.

Waze 4.0

Waze 4.0 ini dilihat memfokuskan kepada memudahkan pengguna untuk menggunakan navigasi, disamping pada masa yang sama melaporkan sesuatu perkara yang berlaku di atas jalan-raya. Waze versi baru ini juga turut memudahkan perkongsian perjalanan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Pihak Waze turut mengatakan kini ia lebih menjimatkan penggunaan bateri, dan dengan antaramuka baru ini, ia lebih mudah untuk digunakan berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan Waze, anda boleh memuat-turun atau mengemaskini aplikasi anda kepada versi baru ini. Kemaskini antaramuka untuk versi Android dijangka menyusul tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Waze 4.0 Diperkenalkan Untuk iOS – Membawakan Rekaan Antaramuka Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info