Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tidak Tahan Dengan Kejatuhan Nilai Ringgit, Xiaomi Malaysia Mengumumkan Kenaikkan Harga Barang

Dengan nilai Ringgit Malaysia yang tidak menentu akhir-akhir ini, kini Xiaomi Malaysia yang sering terkenal dengan penawaran harga murah dilihat turut terkesan, dan telah pun mengumumkan akan menaikkan harga barangan mereka serta-merta bermula hari ini.

Xiaomi 20 Oktober

Daripada apa yang dikongsikan oleh Xiaomi Malaysia, produk-produk yang akan dinaikkan harga adalah Redmi 2 Enhanced, Mi Power Bank, Mi Band, dan juga Mi Headphones.

Redmi 2 Enhanced memperlihatkan kenaikkan harga yang agak tinggi, iaitu daripada harga asal RM459 kepada harga baru RM529.

Penggunaan harga baru ini akan efektif bermula daripada 12 tengah hari, hari ini, 20 Oktober 2015. Harga jualan untuk produk yang tidak dinyatakan seperti Mi Note dan sebagainya masih kekal seperti biasa buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tidak Tahan Dengan Kejatuhan Nilai Ringgit, Xiaomi Malaysia Mengumumkan Kenaikkan Harga Barang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info