Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Biski – Motosikal Dua Alam Yang Boleh Ditunggang Di Atas Permukaan Air

Kita kini di bulan Oktober dan dalam masa beberapa bulan lagi musim tengkujuh akan bermula. Setiap tahun negeri-negeri di pantai timur semenanjung akan dilanda masalah banjir yang besar. Tahun lalu krisis banjir besar mengakibatkan kerugian beratus juta ringgit. Jumlah penduduk yang terperangkap juga terlalu besar sehingga pasukan keselamatan sukar untuk menyelamatkan mereka dengan pantas.Tidak ramai penduduk mempunyai bot peribadi yang boleh mereka gunakan untuk mengelakkan diri dari terperangkap.

biski 2

Gibbs Biski ialah motosikal dua alam yang mungkin boleh digunakan apabila banjir melanda. Motosikal roda tiga ini dengan mudah berubah menjadi sebuah jetski apabila diperlukan. Tayar Biski boleh disimpan dan ia akan berubah menjadi sebuah jetski dalam masa hanya 5 saat. Ia diperkasakan enjin 55 kuasa kuda yang membolehkan ia bergerak pada kelajuan 129 kilometer sejam di atas darat dan 60 kilometer sejam di atas permukaan air. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi sekiranya anda duduk di kawasan yang sering banjir ini mungkin kenderaan yang berbaloi untuk dimiliki.

Biski 1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Biski – Motosikal Dua Alam Yang Boleh Ditunggang Di Atas Permukaan Air"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info