Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Akan Menamatkan Fungsi Chrome App Launcher Pada Julai 2016

Pada 2013 yang lepas, Google telah memperkenalkan fungsi Chrome App Launcher untuk Windows dan OSX, seterusnya diikuti untuk Linux – dimana ia membolehkan para pengguna mengakses pelbagai aplikasi Chrome dengan mudah pada desktop.

Melalui fungsi ini, ia membolehkan para pengguna untuk mengakses aplikasi Chrome tanpa perlu menjalankan pelayar web berkenaan terlebih dahulu. Kini, selepas beberapa tahun, Google dilihat akan menamatkan sokongan tersebut daripada Chrome untuk Windows, Linux dan OS X.

Chrome App Launcher

Google mengambil langkah ini memandangkan pengguna jarang menggunakan fungsi ini dan lebih ramai selesa mengakses aplikasi Chrome selepas menjalankan pelayar web mereka.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa fungsi tambahan pada Chrome ini tidak begitu digunakan pengguna, tetapi disebabkan ia disertakan menjadikan pelayar web berkenaan sedikit berat berbanding yang lain.

Google sendiri dilihat sedang membuang pelbagai fungsi yang tidak digunakan pada pelayar web mereka – dan sebelum ini telah membuang fungsi Notification Center daripada Chrome.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Akan Menamatkan Fungsi Chrome App Launcher Pada Julai 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info