Beberapa pengguna peranti Sony Xperia Z5 Compact melaporkan masalah pada skrin sesentuh mereka yang menjadi tidak responsif tanpa sebab. Aneh sekali masalah ini nampaknya hanya berlaku pada Z5 Compact berwarna putih dan tidak pada model lain. Pada asalnya terdapat laporan mengatakan ini adalah kerana masalah kepanasan melampau Snapdragon 810. Tetapi pengguna Z5 Compact dengan warna selain putih tidak pula melaporkan masalah yang sama berlaku. Pihak Sony sudah mengetahui tentang masalah ini dan sedang cuba menyelesaikannya. Sungguhpun begitu sebab mengapa ia berlaku masih lagi misteri. Pada masa yang sama pengguna Xperia Z3+ bewarna putih juga ada yang melaporkan masalah serupa berlaku pada peranti mereka.
Adakah masalah ini pernah anda alami pada peranti Xperia anda? Secara peribadi kami hanya pernah mengalami masalah ini pada Z Ultra kami sebelum kemas kini Lollipop.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia Z5 Compact Mengalami Masalah Skrin Sesentuh"