Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P8 Lite Diperkenalkan – Berspesifikasi Pertengahan Dengan Beberapa Ciri-Ciri Seumpama P8

Huawei hari ini ketika acara pelancaran Huawei P8, turut memperlihatkan sebuah lagi telefon pintar baru daripada mereka dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Huawei P8 Lite. Ini sekaligus menjadikan terdapat tiga variasi dibawah keluarga Huawei P8, iaitu versi biasa bersaiz 5.2-inci, versi Huawei P8 Max dengan skrin 6-inci dan juga Huawei P8 Lite dengan skrin bersaiz 5.0-inci.

Perbezaan saiz skrin antara kedua-dua peranti, iaitu Huawei P8 dan juga Huawei P8 Lite tidak begitu jauh berbeza, memandangkan hanya berbeza 0.2-inci sahaja. Selain saiz skrin, Huawei juga melengkapkan Huawei P8 Lite dengan spesifikasi yang lebih rendah, iaitu dilengkapi dengan cip Kirin 620 lapan-teras 1.2GHz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.

Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite

Untuk rakaman gambar, Huawei turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel BIS dan kamera hadpaan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi sokongan dwi-SIM, serta menjalankan Android 5.0 Lollipop.

Selain daripada spesifikasi, bahan binaan untuk Huawei P8 Lite juga sedikit berbeza, dimana ia tidak menggunakan rekaan berasaskan logam, sebaliknya seperti gabungan kaca dan plastik. Susunan beberapa sensor juga sedikit berbeza – sebagai contoh LED untuk kamera belakang, selain sensor hadapan yang diletakkan sedikit ke tepi yang dilihat sedikit pelik.

Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite ini dikatakan ditujukan kepada para pengguna remaja, dan dijangka ditawarkan pada harga jauh lebih rendah berbanding Huawei P8.

Sedang dikemaskini…



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P8 Lite Diperkenalkan – Berspesifikasi Pertengahan Dengan Beberapa Ciri-Ciri Seumpama P8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info