Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Mobile Bundle 13 Hadir Dengan Beberapa Permainan Android – Termasuk Worms 3

Bagi para peminat permainan indie atau sering mendapatkan permainan pada harga yang lebih rendah daripada kebiasaan, laman Humble Bundle semestinya bukan sesuatu yang asing untuk anda. Terkini, mereka kembali lagi sekali dengan penawaran sejumlah permainan menarik untuk pengguna Android melalui Humble Bundle 13.

Melalui Humble Mobile Bundle 13, pengguna boleh memuat-turun tiga permainan utama, iaitu Timelines : Assault on America, The Ministry of Silly Walks, dan juga Hellraid : The Escape dengan menyumbang sebarang nilai ke laman tersebut.

Humble Mobile Bundle 13

Dan sekiranya anda menyumbang lebih daripada kadar sumbangan purata – sekitar $3.07 ketika artikel ini ditulis, anda akan menerima beberapa permainan tambahan secara percuma, termasuk salah satunya adalah permainan popular Worms 3.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Humble Mobile Bundle hari ini, dan ketahui sendiri apakah yang ditawarkan oleh mereka untuk para pengguna peranti Android.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Mobile Bundle 13 Hadir Dengan Beberapa Permainan Android – Termasuk Worms 3"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info