Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penggunaan Android Lollipop Mencapai 12.4%

Peratusan peranti yang kini menggunakan Android Lollipop semakin meningkat dan angka terbaru menunjukkan kini 12.4% peranti menggunakannya. Ini adalah peningkatan sebanyak 2.7% berbanding bulan lalu. Pecahan dari segi versi pula ialah 11.6% menggunakan 5.0. dan 0.8% menggunakan 5.1 Android Kit Kat masih lagi menjadi sistem operasi paling banyak digunakan dengan 39.8% diikuti oleh Jellybean dengan 37.4%. Agak mengejutkan masih ada peranti yang menggunakan Froyo iaitu sekitar 0.3%. Kadar penggunaan Lollipop ini masih lagi rendah bagi sebuah sistem operasi yang diperkenalkan tujuh bulan yang lalu.

Adakah peranti anda sudah menggunakan Android Lollipop? Sekiranya ya adalah kemas kini terkini ini penting ataupun anda di dalam golongan asalkan peranti masih berfungsi dengan baik anda tidak peduli apakah versi yang digunakan?

Android-Persentage-June



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penggunaan Android Lollipop Mencapai 12.4%"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info