Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Menawarkan Langganan Spotify Percuma Kepada Pelanggan Pascabayar

Maxis hari ini telah memulakan jualan Chromecast di Malaysia, dan selain daripada itu, mereka juga turut membuat kejutan dengan mengumumkan akses percuma untuk Spotify bagi para pelanggan pascabayar. Namun, penawaran ini hanyalah terhad kepada mereka yang melanggan pelan data 1GB dan ke atas sahaja.

Maxis Spotify Premium

Seperti semua sedia maklum, melalui langganan Spotify Premium, ia membolehkan para pengguna menikmati muzik tanpa had pada Spotify tanpa sebarang iklan, disamping boleh turut menyimpan lagu untuk didengar secara offline. Melalui penawaran Maxis ini, selain menawarkan ia secara percuma, mereka juga turut menawarkan penggunaan data percuma untuk Spotify, jadi pengguna tidak perlu risau ketika menggunakan aplikasi muzik berkenaan.

Untuk mula menggunakannya, selain melanggan pelan data sekurang-kurangnya 1GB, pengguna turut perlu memuat-turun aplikasi MyMaxis pada peranti mudah-alih anda, dan seterusnya membuat langganan Spotify melalui aplikasi berkenaan pada ruangan Music Now.

Walaubagaimanapun, bagi para pelanggan sedia ada Spotify, anda perlu menamatkan langganan Spotify Premium sedia ada sekiranya ingin menikmati penawaran ini, dan mengaktifkan Spotify Premium melalui aplikasi MyMaxis untuk menikmati penawaran ini. Maxis menawarkan promosi ini secara percuma daripada hari ini sehingga 31 Julai 2015.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Menawarkan Langganan Spotify Percuma Kepada Pelanggan Pascabayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info