Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony SmartWatch 3 Berharga RM1099 Di Malaysia, Edisi Silver Berharga RM1399

Disamping memperkenalkan Xperia Z5 untuk pasaran Malaysia, Sony Malaysia juga turut telah memperkenalkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear mereka, iaitu Sony SmartWatch 3. Ia hadir dalam dua variasi, iaitu versi biasa, dan juga edisi Silver yang hadir dengan tali jam berasaskan logam.

Sony SmartWatch 3

Sony SmartWatch 3 menggunakan sistem operasi Android Wear, dan boleh digunakan bersama-sama peranti Android atau iPhone. Sony membawakan rekaan berbentuk segi empat melaluinya, disamping turut melengkapkan ia dengan sokongan kalis air IP68.

02_SmartWatch_3_Black_black-680x680

Sony SmartWatch 3

Sony SmartWatch 3 hadir dengan storan terbina untuk membolehkan anda menyimpan lagu dan mendengarnya ketika bersenam, dan bateri yang mampu bertahan sehingga dua hari lamanya. Sensor terbina seperti untuk GPS, kompas, accelerometer dan Gyro turut disertakan pada SmartWatch 3 ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan SmartWatch 3 ini daripada pengedar Sony seluruh negara hari ini, ataupun melalui web jualan rasmi mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony SmartWatch 3 Berharga RM1099 Di Malaysia, Edisi Silver Berharga RM1399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info