Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ProDrone Byrd – Dron Kompak Yang Boleh Disimpan Di Dalam Beg Galas

2015 ialah tahun dron dengan pelbagai inovasi baru teknologi dron serta penggunaannya yang semakin meluas. Ia kini digunakan oleh orang awam untuk mengambil gambar majlis perkahwinan. Bakal digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk melakukan rondaan kawasan. Di Singapura pula ia telah digunakan untuk menghantar bungkusan dengan lebih cepat. Satu kekurangan nyata dron ialah ia sedikit sukar untuk dibawa kemana-mana. Bilah kipas perlu ditanggalkan terlebih dahulu sekiranya ia ingin dibawa di dalam kereta. Kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan ini adalah penghalang untuk membawa dron ke lokasi yang dikehendaki.

ProDrone-Byrd-1

ProDrone Byrd ialah dron yang direka khas untuk dibawa dengan mudah di dalam beg galas. Keempat-empat kipasnya boleh dilipat dengan kemas dan selamat apabila tidak digunakan. Pemilik tidak perlu risau bilah akan patah apabila ianya disimpan di dalam beg. Apabila ingin diterbangkan ia boleh dibuka dengan pantas tanpa perlu sebarang pemasangan. Byrd dilengkapi bateri 7000 mAh yang cukup untuk memberikan masa penerbangan sekitar 30 minit dan beroperasi pada jarak maksimum 2000 meter dari pengendali. Dari segi kemampuan video pula ia mampu mengambil video pada resolusi 4K dan menyokong penggunaan kamera GoPro. Alat kawalan jauhnya turut mempunyai cagak terbina untuk sebuah iPad Mini. ProDrone Byrd dijula pada harga bermula $950 (RM 4080) untuk model paling asas.

ProDrone-Byrd-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ProDrone Byrd – Dron Kompak Yang Boleh Disimpan Di Dalam Beg Galas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info