Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ujian Beta Android 6.0 Untuk Honor 7 Akan Dimulakan Dalam Beberapa Minggu Lagi

Dengan pengenalan Android 6.0 Marshmallow, pelbagai pengeluar telah mula berlumba untuk menawarkan kemaskini tersebut kepada peranti mereka – sekaligus mengambil hati pengguna dengan memperlihatkan mereka menawarkan kemaskini semasa dengan pantas kepada pengguna. Huawei telah menjadi terawal untuk hadir dengan peranti Android 6.0 Marshmallow melalui pengenalan Nexus 6P, dan kini dilihat dalam proses memperkenalkan kemaskini sama untuk peranti sedia ada mereka.

Honor 7

Terkini, Huawei mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna Honor 7 tidak lama lagi. Mereka dijangka memulakan ujian beta untuk Honor 7 dalam masa beberapa minggu lagi.

Seperti ramai sedia maklum, untuk peranti Honor 7, ia menggunakan antaramuka EMUI – antaramuka tersendiri pihak Huawei yang hadir dengan beberapa penambahan.

Huawei pada tahun ini telah berjaya mencuri perhatian dengan pengenalan pelbagai peranti menarik, termasuk Huawei P8 dan juga Huawei Mate S.

Memandangkan penawaran Honor 7 dan juga Huawei P8 adalah lebih kurang sama, maka mungkin kita akan turut dapat melihat kemaskini sama ditawarkan untuk pengguna Huawei P8 tidak lama selepasnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ujian Beta Android 6.0 Untuk Honor 7 Akan Dimulakan Dalam Beberapa Minggu Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info