Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mengharamkan Aplikasi Yang Membolehkan iPhone Menjadi Penimbang Berat

Sistem 3D Touch yang digunakan pada skrin iPhone 6S dan 6S plus boleh mengesan tekanan jari pengguna. Ini kemudian digunakan untuk melakukan fungsi yang tidak wujud pada iPhone versi terdahulu. Sebagai contoh animasi pendek gambar yang diambil boleh diaktifkan dengan menekan skrin dengan lebih kuat. Menyedari kemampuan 3D Touch mengesan tekanan, beberapa pembangun mula menghasilkan aplikasi penimbang berat yang boleh dimuat turun menerusi App Store.

Gravity-App

Gravity ialah antara aplikasi yang dihasilkan dan ianya didapati mampu memberikan bacaan yang agak tepat. Sungguhpun begitu aplikasi ini mula diharamkan dari App Store oleh pihak Apple. Pembangun Gravity berkata aplikasi mereka diharamkan kerana Apple tidak mahu berlaku kes skrin mengalami kerosakan apabila digunakan sebagai penimbang berat. Mereka juga mendakwa aplikasi turut diharamkan kerana Apple risau ia mungkin digunakan untuk menimbang dadah. Di dalam hal ini kami berpihak dengan Apple. Sekiranya berlaku kerosakan kelak Apple mungkin boleh disaman oleh pengguna kerana membenarkan aplikasi ini dimuat turun. Umum kita ketahui di Amerika Syarikat mereka gemar menyaman syarikat apabila berlaku kejadian tidak diingini walaupun mereka yang lalai dalam pengendalian. Apple tidak boleh dipersalahkan menarik aplikasi penimbang berat seperti Gravity kerana majoriti pengguna peranti pintar sebenarnya kurang pintar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mengharamkan Aplikasi Yang Membolehkan iPhone Menjadi Penimbang Berat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info