Apple sebelum ini telah mengumumkan perkhidmatan penstriman muzik mereka akan hadir kepada pengguna Android, dan kini beberapa gambar aplikasi berkenaan tertiris, memperlihatkan secara kasar bagaimana aplikasi Apple Music akan kelihatan untuk pengguna Android.
Aplikasi Apple Music untuk Android dilihat menyertakan elemen rekaan Android padanya, dan pada masa yang sama turut menyertakan beberapa fungsi lain, termasuk integrasi Beats 1 Radio, dan kebolehan untuk pengguna menyimpan muzik untuk diakses secara offline.
Apple sebelum ini telah mengatakan mereka akan menawarkan aplikasi berkenaan pada tahun ini. Aplikasi Apple Music ini bakal menjadi aplikasi kedua yang diperkenalkan oleh Apple untuk Android, selepas memperkenalkan aplikasi “Move To iOS” sebelum ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paparan Skrin Aplikasi Apple Music Untuk Android Tertiris"