Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC Shanghai 2015: Pandang Pertama Honor 7

Huawei merupakan satu jenama yang besar dan gah dari China. Mereka juga turut mempunyai satu lagi keluarga iaitu Honor. Jika dahulu perbezaan antara siri Honor dan Huawei adalah dari aspek tahap premium dan kecantikan peranti tersebut, peranti terbaru Honor iaitu Honor 7 dilihat mengambil perubahan drastik, dan tampil dengan rekaan berasaskan logam sepenuhnya serta hadir dengan pilihan kemasan warna yang digilai ramai, iaitu emas.

Honor 7
Pemproses Hisilicon Kirin 935 2.2GHz Octacore
Skrin 5.2-inci
RAM 3GB
Muatan Dalaman 16GB/64GB + MikroSD
Kamera Utama 20 Megapixel + Kaca Sapphire
Kamera Hadapan 8 Megapixel
Bateri 3100 mAh

Peranti Honor 7 yang dilancarkan pada akhir bulan Jun yang lalu kini dipamerkan di Mobile World Congress Shanghai dan kami berpeluang untuk mencubanya. Memegangnya, ia tampak dirasakan menyamai kualiti binaan Huawei Ascend P8. Unit yang dicuba merupakan unit dengan spesifikasi tertinggi, yang menyertakan 3GB RAM, cip pemprosesan Kirin 935 lapan-teras 2.2GHz, dan turut disertakan dengan kapasiti storan 64GB. Dari segi storan, pengguna masih boleh menambah kapasiti storan menggunakan kad mikro-SD.

Menjadi salah satu fokus utama pada peranti ini adalah keupayaan kamera utamanya dengan sensor sebesar 20MP dilitupi kaca sapphire. Dibawah kamera ini juga terdapat pengimbas cap jari. Bagi kamera hadapan pula, ia dilengkapi sensor 8MP. Telefon yang hadir dengan paparan skrin 5.2-inci ini mempunyai resolusi 1920 x 1080 dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 3100 mAh dengan pengecasan pantas mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit.

MWCS15- Honor 7 -IMG_9031 MWCS15- Honor 7 -IMG_9032

Telefon ini beroperasi menggunakan Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka EMUI 3.1. Salah satu kelainan pada peranti ini adalah Honor Smart Key, yang terletak disebelah kiri peranti ini. Butang ini kelihatan seperti butang kuasa namun apabila menekan butang ini, ia akan mengaktifkan arahan suara. Buat masa ini, meskipun tetapan bahasa pada peranti telah ditukar kepada Bahasa Inggeris, menu pengecaman suara masih memaparkan Bahasa Mandarin, berkemungkinan buat masa ini hanya arahan suara dalam Bahasa Mandarin sahaja yang menyokong fungsi ini.

MWCS15- Honor 7 -IMG_9012 MWCS15- Honor 7 -IMG_9027 MWCS15- Honor 7 -IMG_9025 MWCS15- Honor 7 -IMG_9017

Dari segi kelancaran, Honor 7 sememangnya agak pantas. Terdapat fungsi NFC dan Pay dimana ia juga menyokong pembayaran terus dari peranti. Bagi memaksimumkan kawasan skrin, bar navigasi dibawah boleh disembunyikan dengan mudah melalui ikon yang terletak di penjuru bawah sebelah kiri. Bagi memunculkan semula bar navigasi tersebut, pengguna hanya perlu menyeret jari dari bahagian bawah skrin keatas dengan mudah.

Meskipun telefon pintar ini dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas, terdapat mod penjimatan bateri yang akan mengurangkan penjanaan grafik dengan paparan minimalis serta menghadkan akses kepada aplikasi yang lain. Apabila mod ini diaktifkan, pengguna hanya boleh melakukan panggilan, mengakses mesej dan maklumat rakan-rakan yang lain sahaja.

Honor 7 Screen-1 Honor 7 Screen-2 Honor 7 Screen-3

Oleh kerana peranti Honor 6 baru sahaja muncul di pasaran tempatan pada bulan April yang lalu, berkemungkinan Honor 7 tidak akan hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat. Peranti ini dijual bermula pada harga USD 322 (~RM 1216) dan pada harga tersebut, boleh dikatakan ia merupakan satu penawaran yang agak baik dengan spefisikasi yang disertakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC Shanghai 2015: Pandang Pertama Honor 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info