Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) COD 4 Modern Warfare Remastered Diberikan Percuma Dengan Pembelian COD Infinite Warfare

Call of Duty 4 Modern Warfare ialah permainan yang mengubah hala tuju siri COD dan Infinity Ward tidak menoleh kebelakang selepas itu. Ia permainan pertama COD yang tidak berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua dan membuatkan siri ini menjadi antara yang paling laku di dalam dunia permainan komputer. Sembilan tahun sudah berlalu sejak COD 4 menemui peminat dan sebuah gambar tertiris menunjukkan edisi remastered telah dihasilkan.

COD-4-Modern-Warfare-RemasterGambar poster promosi untuk Call of Duty Infinite Warfare Legacy Edition menunjukkan COD 4 Modern Warfare Remasterd Edition akan diberikan secara percuma. Buat masa ini ura-ura turut mengatakan ia hanya akan hadir pada konsol PlayStation 4 November hadapan. Sementara itu carian Amazon menunjukkan COD Modern Warfare Trilogy turut akan dijual eksklusif untuk PlayStation 4. Kepada yang masih belum pernah bermain siri ini, ini mungkin cara terbaik untuk menikmati trilogi Soap MacTavish pada konsol generasi semasa.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) COD 4 Modern Warfare Remastered Diberikan Percuma Dengan Pembelian COD Infinite Warfare"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info