Celcom sebelum ini telah menguji aplikasi mudah-alih Xpax dikalangan segelintir pengguna, dan bercakap mengenainya, Celcom mengatakan mereka akan menyasarkan untuk melancarkannya seawal bulan hadapan – Mei 2016.
Melalui aplikasi Xpax ini, ia membolehkan pengguna membuat pemantauan penggunaan mereka, termasuk panggilan, data dan sebagainya. Ia lebih memudahkan pengurusan akaun Xpax berbanding pada hari ini yang memerlukan pengguna untuk mendail untuk mengetahui akaun semasa mereka.
Aplikasi untuk pelanggan First masih tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan. Mungkin Celcom memfokuskan penawaran kepada pengguna Xpax terlebih dahulu memandangkan mereka merupakan pelanggan majoriti Celcom, merangkumi lebih 9 juta pelanggan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom Bakal Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih Xpax Seawal Bulan Hadapan"