Pelbagai syarikat teknologi telah pun turut memperluaskan kepakaran mereka untuk menyertai arena automotif, dan terkini, MPS Energy, salah satu subsidiari milik Acer memperlihatkan prototaip sebuah kenderaan elektrik yang boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan berbeza.
Acer mengatakan prototaip ini dinamakan sebagai “X Terran”. Kenderaan ini telah direka oleh Studio X-Gene dan menggunakan teknologi pengurusan bateri daripada MPS Energy.
Melaluinya, Acer dilihat bukan ingin bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik lain seperti Tesla dan sebagainya – sebaliknya lebih kepada memfokuskan kepada mempertontonkan teknologi milik mereka – termasuk teknologi perkomputeran awan mereka.
Acer sebelum ini telah membuka subsidiari MPS Energy ini pada bulan Acer yang lepas, dimana ia memfokuskan kepada beberapa arena, termasuk kenderaan elektrik dan juga untuk bateri, dan beberapa yang lain.
Selain daripada MPS Energy ini, Acer pada bulan September lepas turut telah membuat pelaburan pada Jibo dalam usaha untuk memasuki arena robotik.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Syarikat Subsidiari Milik Acer Mempertontonkan Kenderaan Elektrik"