Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nexus 5X Dilaporkan Mengalami Masalah Skrin Kekuningan

Peranti baru bermasalah ialah perkara biasa. Sebelum ini wujud masalah peranti mudah melentur apabila diletakkan di dalam poket dan juga kontroversi penggunaan pemproses dari pengeluar berbeza. Hari ini tiba giliran Nexus 5X pula dilanda masalah. Beberapa pengguna peranti baru keluaran Google ini melaporkan skrin peranti baru mereka mengalami masalah kekuningan. Masalah ini dikatakan mungkin berlaku kerana penggunaan dari dua pengeluar berbeza. Ada yang berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan melakukan kemas kini perisian kawalan skrin. Pihak Google sudah diberitahu mengenai masalah ini dan sedang mencari jalan penyelesaian termasuk menggantikan peranti sekiranya perlu. Diharap masalah ini dapat diselesaikan sekiranya Nexus 5X memasuki pasaran Malaysia di masa hadapan.

kuning-nexus-screen-5x

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nexus 5X Dilaporkan Mengalami Masalah Skrin Kekuningan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info