Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Hololens Developer Kit Akan Ditawarkan Kepada Pembangun Pada Awal 2016

Selain gelang tangan pintar, telefon pintar, tablet mahupun komputer riba, satu lagi peranti yang turut dipertontonkan oleh Microsoft pada acara khas mereka hari ini adalah Hololens. Microsoft Hololens adalah peranti yang dipakai pada kepala yang menghubungkan alam nyata dan maya.

Microsoft Hololens

Pada pentas utama hari ini, Microsoft mempertontonkan permainan Project X-ray yang dimainkan bersama-sama Hololens. Melaluinya, Microsoft memperlihatkan gabugan dua alam, serta memanggilnya sebagai mixed-reality. Microsoft mengatakan permainan berkenaan secara pintar akan mengenal pasti rekaan bilik, dan menyesuaikan ia kepadanya sekaligus menawarkan pengalaman berbeza untuk setiap pemain. Melengkapkan kawalan permainan ini adalah sebuah alat kawalan khusus untuknya.

Microsoft Hololens

Microsoft Hololens

Microsoft turut menekankan yang mana Hololens dimainkan tanpa sebarang kabel bersambung antaranya, dan tidak perlu dihubungkan kepada telefon pintar – seperti apa yang dilakukan oleh pelbagai peranti realiti-maya yang lain.

Microsoft akan menawarkan Hololens Developer Kit kepada pembangun pada awal tahun 2016 kelak pada harga $3000 (~RM12927)



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Hololens Developer Kit Akan Ditawarkan Kepada Pembangun Pada Awal 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info