Salah satu motif utama Google Translate masih aktif dibangunkan sehingga ke hari ini adalah untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Terkini, dalam usaha tersebut, Google mengumumkan kebolehan untuk membuat terjemahan pada aplikasi pihak ketiga menggunakan teknologi terjemahan Google.
Melalui demo yang diperlihatkan Google, pengguna boleh membuat terjemahan dengan memilih teks, dan seterusnya memilih terjemahan, dan memilih bahasa yang ingin diterjemahkan kepada. Segalanya boleh dilakukan tanpa perlu meninggalkan aplikasi asal – seperti WhatsApp atau LinkedIn.
Google turut mengatakan pembangun turut boleh menambah sokongan ini ke aplikasi Android mereka dengan mudah.
Namun, salah satu perkara yang akan mendukacitakan lebih 1 bilion pengguna diluar sana adalah sokongan untuk fungsi ini yang mana hanya boleh dinikmati oleh pengguna Android 6.0 Marshmallow dan terkini sahaja.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Translate Kini Membolehkan Terjemahan Dilakukan Pada Aplikasi Lain"