Oppo sebelum ini sedia menawarkan peranti bersempena seseorang selebriti, dan mereka melakukannya sekali lagi melalui Oppo F5 dengan peranti edisi Fattah Amin. Berbanding hanya tanda-tangan di bahagian belakang, pihak Oppo kali ini dilihat turut menyertakan sejumlah kandungan khusus bertemakan Fattah Amin.
Antaranya adalah termasuk sejumlah gambar swafoto Fattah Amin, gambar latar Fattah Amin, dan juga bunyi penggera bertemakan Fattah Amin.
Selain daripadanya, penawaran yang hadir adalah sama seperti edisi Oppo F5, termasuk menyertakan sokongan kamera hadapan 20-megapixel dan juga dilengkapi Beauty Mode dijana kecerdasan buatan.
Buat masa ini, harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi.
Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan telefon edisi khas ini?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo F5 Edisi Fattah Amin Turut Akan Hadir Bersama Kandungan Khusus Fattah Amin"