Di pasaran terdapat peranti yang menyokong kad mikro-SD sehingga 2TB. Tetapi realitinya kad mikro-SD pada kapasiti ini masih belum dihasilkan. Buat masa ini anda hanya perlu berpuas hati kad mikro-SDXC keluaran Integral Memory dengan kapasiti 512GB.
Ini menjadikannya kad mikro-SD dengan kapasiti terbesar melangkaui kapasiti 400GB pada kad mikro-SD keluaran SanDisk tahun lalu. Walaubagaimanapun kad mikro-SD Intergal Memory ini hanya mempunyai kelajuan maksimum 90MB/s. Ini adalah sedikit perlahan berbanding kelajuan 100MB/s yang dicatatkan oleh kad mikro-SD SanDisk. Kad mikro-SDXC ini akan mula dijual Februari hadapan tetapi harga masih belum diumumkan. Ia pastinya mencecah empat angka seperti harga yang ditawarkan SanDisk di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Integral Memory Memperkenalkan Mikro-SD Dengan Storan Paling Besar Setakat Ini – 512GB"