Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lumen – Lampu Suluh Yang Hanya Memerlukan Haba Tubuh Untuk Berfungsi

Di dalam filem The Matrix, robot menjadikan manusia sebagai sumber tenaga mereka selepas sinaran matahari terhalang selepas peperangan nuklear. Ini mungkin sebuah cereka fiksyen sains tetapi ia masih berdasarkan fakta sains.Tubuh manusia menghasilkan 37000 joule tenaga haba setiap jam dan ini bersamaan dengan 100 Watt. Haba yang dihasilkan ini terbuang begitu sahaja kerana tidak wujud alat yang boleh menyimpannya.

LUMEN-1

Lumen ialah lampu suluh LED yang hanya memerlukan haba dari jari untuk berfungsi. LED Cree yang menyala dua kali ganda lebih terang dari LED biasa digunakan. Ia hanya memerlukan 15 mA untuk berfungsi dan memberikan keterangan 3000 mCd. Haba tubuh manusia diubah kepada tenaga elektrik melalui panel penjana termoelekrtik terbina pada tubuh lampu ini. Cahaya LED sebesar 5mm yang digunakan adalah cukup terang untuk dijadikan lampu ketika kecemasan. Dengan berat hanya 35 gram ia boleh digunakan sebagai rantai kunci yang boleh dibawa kemana-mana. Sebuah Lumen dijual pada harga $35 sebuah.

LUMEN-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lumen – Lampu Suluh Yang Hanya Memerlukan Haba Tubuh Untuk Berfungsi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info