Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo YOGA Home 900 – Komputer AIO Berskrin 27-inci Yang Turut Boleh Digunakan Sebagai Tablet

Lenovo selain memperkenalkan YOGA 900 yang merupakan peranti convertible, pihak Lenovo turut memperkenalkan sebuah komputer AIO mereka yang baru, dinamakan sebagai Lenovo YOGA Home 900.

Lenovo YOGA Home 900

Lenovo YOGA Home 900 membawakan skrin bersaiz 27-inci dengan paparan HD penuh. Ia lebih memfokuskan kepada penggunaan sebagai komputer di meja pejabat, atau rumah, tetapi pada masa yang sama turut menyertakan bateri terbina untuk turut digunakan sebagai peranti mudah-alih. Lenovo mengatakan YOGA Home 900 mampu bertahan penggunaan sehingga 3 jam pada kuasa bateri.

Lenovo YOGA Home 900 menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi terbaru, serta dilengkapi sistem operasi Windows 10. Untuk memberikan kuasa grafik yang baik dengan penggunaan NVIDIA GeForce GT940. Lenovo akan mula menawarkan ia di Amerika Syarikat bermula penghujung bulan Oktober pada harga bermula $1499.99 (~RM6372).

Lenovo YOGA Home 900

Lenovo YOGA Home 900



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo YOGA Home 900 – Komputer AIO Berskrin 27-inci Yang Turut Boleh Digunakan Sebagai Tablet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info