Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone Deluxe (128GB/4GB RAM) Kini Dijual Melalui Asus Online Store, Berharga RM1599

Asus Malaysia hari ini telah menambah satu lagi penawaran telefon pintar dibawah keluarga Zenfone di Asus Online Store, iaitu Asus Zenfone 2 Deluxe. Dengan nama Deluxe, Asus memfokuskan kepada penawaran storan bersaiz besar melaluinya.

Asus Zenfone Deluxe

Asus Zenfone 2 Deluxe hadir dengan storan bersaiz sebesar 128GB, dan menyertakan memori 4GB RAM. Pengguna yang sering memerlukan ruangan storan besar, mungkin boleh mendapatkan peranti ini, dan menyimpan pelbagai dokumen, dan fail media melaluinya.

Asus Zenfone 2 Deluxe ini hadir dengan skrin 5.5-inci dan dilengkapi cip Intel 64-bit 2.3Ghz. Melalui telefon pintar ini juga, pihak Asus menekankan kepada rekaan kerangka belakang yang membawakan corak berbentuk polygon dan berbeza berbanding beberapa peranti dibawah keluarga Zenfone lain.

Untuk tujuan rakaman gambar, Asus menyertakan tekologi PixelMaster 2.0 untuk membolehkan rakaman gambar yang jelas pada keadaan cahaya rendah menggunakannya. Zenfone 2 Deluxe menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Kedua-dua sensor membawakan aperture f/2.0.

Asus juga dijangka memperkenalkan Asus Zenfone 2 Deluxe SE di Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

Asus Zenfone 2 Deluxe yang menggunakan Android Lollipop serta antaramuka ZenUI ini boleh didapati melalui Asus Online Store bermula hari ini pada harga RM1599.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone Deluxe (128GB/4GB RAM) Kini Dijual Melalui Asus Online Store, Berharga RM1599"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info