Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Konami Menafikan Berita Hideo Kojima Sudah Meninggalkan Syarikat

Masalah diantara Hideo Kojima dan Konami sudah berlangsung lebih dari setahun. Akibat dari perbalahan ini permainan Silent Hills yang dibangunkan Kojima dengan bantuan Guillermo Del Toro dan Junji Ito telah dibatalkan. Sebab perbalahan dikatakan adalah kerana Kojima mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan Metal Gear Solid V : The Phantom Pain. Plot cerita yang tergantung dan kewujudan babak yang hilang dijadikan bukti oleh peminat bahawa MGSV:TPP dijual sebelum siap sepenuhnya. Sungguhpun begitu ini tidak menghalang permainan ini dari mengaut nilai jualan melebihi $147 Juta dalam masa tiga hari.

1280px-Hideo_Kojima_20100702_Japan_Expo_1

Awal pagi tadi ada laporan mengatakan Kojima secara rasmi telah meninggalkan Konami sejak 9 Oktober lalu. Dalam laporan yang sama beliau dikatakan menandatangani perjanjian untuk tidak menghasilkan permainan baru untuk pengeluar lain sehingga Disember tahun ini. Pihak Konami pantas menidakkan laporan ini dan sebaliknya mengatakan Kojima sedang bercuti. Menurut mereka lagi kakitangan bercuti selepas permainan berjaya disiapkan adalah perkara normal. MGSV:TPP mula dihasilkan sejak Februari 2012 dan Kojima bekerja tanpa henti sejak tarikh tersebut.

Siapakah yang harus dipercayai? Pihak Konami ataupun laporan asal beliau sudah meninggalkan syarikat tempat beliau bekerja sejak 30 tahun yang lalu? Sebagai peminat beliau kami berharap beliau dapat terus menghasilkan permainan komputer baru di masa hadapan. MGV:TPP ialah permainan komputer terbaik pernah kami mainkan sejak 5 tahun kebelakangan ni. Adalah menyedihkan sekiranya selepas ini tiada lagi permainan Metal Gear dihasilkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Konami Menafikan Berita Hideo Kojima Sudah Meninggalkan Syarikat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info