Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Music Kini Mempunyai 6.5 Juta Pengguna Berbayar

Apple Music mula beroperasi sejak akhir Jun yang lalu dan Apple melaporkan terdapat lebih dari 11 Juta individu menggunakan perkhidmatan penstriman muzik mereka. Tempoh percubaan selama sebulan bagi kebanyakan pengguna sudah berakhir dan kini mereka melaporkan mempunyai 6.5 juta pengguna berbayar dan 8.5 Juta pengguna perkhidmatan percuma selama tiga bulan. Ini adalah permulaan baik bagi sebuah perkhidmatan yang baru berusia setahun jagung. Sungguhpun begitu Apple Music masih di belakang Spotify yang mempunyai 20 Juta pengguna berbayar dan 55 Juta pengguna percuma.

apple-music-640x360

Spotify yang dilancarkan pada tahun 2008 mengambil masa empat tahun sebelum mempunyai 5 Juta pengguna berbayar. Perkembangan jumlah pengguna adalah memuaskan menurut Tim Cook. Pasaran perkhidmatan penstriman muzik adalah sangat sengit. Pesaing lain seperti Tidal milik rapper terkenal Jay Z terus menghadapi masalah dengan tidak kurang dari 1 Juta pengguna berbayar. Adakah anda pengguna berbayar Apple Music? Adakah anda berpuasa hati dengan apa yang ditawarkan Apple setakat ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Music Kini Mempunyai 6.5 Juta Pengguna Berbayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info