BlackBerry Priv merupakan telefon pintar berasaskan Android daripada BlackBerry – sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar pertama berasaskan sistem operasi Android daripada pengeluar peranti memfokuskan sekuriti berkenaan.
Pihak BlackBerry telah berkongsi mengenai Priv secara ringkas sebelum ini, dan hari ini mereka menerbitkan halaman pendaftaran minat untuk peranti berkenaan – dan pada masa yang sama menawarkan beberapa maklumat lanjut berkaitan telefon pintar berkenaan.
BlackBerry Priv akan menggunakan skrin bersaiz 5.4-inci dan membawakan rekaan melengkung pada kedua-dua bahagian untuk memudahkan pengguna menggunakannya. Ia juga turut akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3140mAh.
BlackBerry sebelum ini telah sedia menawarkan masa penggunaan melangkaui sehari pada peranti BlackBerry Passport berasaskan Blackberry 10 – dan tidak diketahui lagi sama ada pengoptimasian bateri sama berjaya dilakukan pada telefon pintar Priv ini.
BlackBerry turut mengatakan kamera untuk Priv ini telah melalui pengesahan Schneider-Kreuznach, selain akan menawarkan kualiti audio yang baik melaluinya.
Dalam memfokuskan privasi, pihak BlackBerry turut akan menyertakan sebuah aplikasi khusus yang menawarkan amaran privasi kepada pengguna melalui Priv ini.
BlackBerry masih tidak berkongsi lanjut mengenainya buat masa ini – dan harga jualannya masih menjadi teka-teki.
Dengan halaman pendaftaran minat ini, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada minggu-minggu akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Membuka Pendaftaran Minat BlackBerry Priv – Berkongsi Beberapa Info Lanjut"