Terdapat pelbagai gimik menjual peranti di pasaran. Ada yang menyertakan fungsi kamera berkembar pada bahagian hadapan dan ada juga yang menyertakan fungsi skrin sentuhan tiga dimensi. OnePlus sebelum ini pernah muncul dengan gimik akan memberikan peranti baru mereka kepada pemilik peranti lain yang sudi menghempaskan peranti lama mereka di lantai. Kini dengan OnePlus 2 sebuah lagi gimik baru dilakukan mereka tetapi kali ini mensasarkan pengguna peranti utama Samsung.
Kempen #TakeTheEdgeOff mereka akan memberikan peranti OnePlus 2 percuma kepada 50 pemilik peranti Samsung Galaxy S6, S6 Edge, S6 Edge Plus dan Note 5. Peranti Samsung yang dikumpulkan kemudian akan didermakan kepada NGO Hope Phones. Hope Phones memberikan peranti pintar kepada pengguna luar bandar yang memerlukannya untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan pantas. Kepada yang berminat melakukan pertukaran peranti dan beramal pada waktu yang sama, anda perlu ke laman khas #TakeTheEdgeOff dan berdaftar.
[Info] Laman Khas Kempen #TakeTheEdgeOff OnePlus [/info]
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Mahu Memberikan OnePlus 2 Percuma Kepada Pengguna Samsung"