Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Aspire Z – Desktop AIO Yang Boleh Diubah Menjadi Tablet Diperkenalkan

Pada acara khusus yang diadakan di Taiwan hari ini, selain berkongsi mengenai beberapa produk mereka, Acer turut sama memperkenalkan komputer AIO baru mereka, Acer Aspire Z.

Acer Aspire Z3

Membezakan ia dengan pelbagai AIO lain di pasaran adalah sokongan bateri terbina padanya, dimana ia membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai tablet mahupun membawa ia kemana-mana selama 5 jam.

Acer Aspire Z3

Sebuah kickstand khusus turut disediakan pada bahagian belakang untuk tujuan mendirikan ia, ataupun menggunakan ia secara mendatar – sebagai contoh ketika melakar atau berkongsi skrin dengan pengguna lain.

Dari segi spesifikasi, Acer Aspire Z3 ini membawakan skrin bersaiz 17.3-inci dengan resolusi HD penuh (1920×1080 pixel), dilengkapi cip dengan pilihan Intel Celeron atau Pentium, dan memori sehingga 8GB RAM.

Acer Aspire Z3

Acer Aspire Z3

Acer Aspire Z ini akan ditawarkan di beberapa pasaran terpilih bermula daripada penghujung tahun ini, dan seperti pelbagai produk Acer yang lain, ia turut dijana menggunakan sistem operasi Windows 10.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Aspire Z – Desktop AIO Yang Boleh Diubah Menjadi Tablet Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info