Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Aspire R14 Dengan USB Type-C Dan Intel Skylake Diperkenalkan

Disamping komputer AIO, pihak Acer turut memperkenalkan Acer Aspire R14 – komputer yang boleh diubah kepada pelbagai bentuk penggunaan – sama ada sebagai komputer riba, tablet, atau untuk menikmati media.

Acer Aspire R14

Acer mengatakan ia dibina menggunakan rekaan logam yang premium dan membawakan rekaan yang cantik. Acer turut mengintegrasikan sokongan USB Type-C pada komputer riba ini, untuk membolehkan pengguna menggunakan pelbagai aksesori generasi baru tanpa masalah melaluinya.

Acer Aspire R14

Acer TrueHarmony turut disertakan untuk kualiti audio yang baik, bagi membolehkan pengguna menikmati audio mahupun membuat panggilan Skype berkualiti tinggi menggunakannya.

Acer Aspire R14 ini juga membawakan rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelum ini – selain Acer turut mengatakan melalui sokongan sambungan WiFi pantas, pengguna boleh menikmati permainan Xbox melaluinya tanpa masalah.

Acer Aspire R14 ini akan dipasarkan bermula penghujung Oktober ini di beberapa negara, dan diperkenalkan ke pasaran global secara berperingkat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Aspire R14 Dengan USB Type-C Dan Intel Skylake Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info