Sony pada minggu lepas telah memperkenalkan Xperia Z5, Xperia Z5 Premium, dan juga Xperia Z5 Compact. Kini, hadir sebuah desas-desus baru mengatakan Sony turut akan memperkenalkan sebuah phablet dibawah keluarga Xperia Z5, dinamakan sebagai Xperia Z5 Ultra.
Sony sebelum ini pernah memperkenalkan Xperia Z1 Ultra, sebuah phablet yang menerima pujian ramai pengguna, malah ada yang masih menggunakannya sehingga hari ini. Mengikut desas-desus, Xperia Z5 Ultra ini kelak dijangka membawakan skrin bersaiz 6.44-inci dan dilengkapi skrin paparan 4K seperti Xperia Z5 Premium. Kita mungkin dapat menjangka fungsi-fungsi serupa seperti pengimbas cap jari dan kalis air turut hadir pada peranti ini.
Buat masa ini, berita berkenaan Xperia Z5 Ultra masih dikategorikan sebagai desas-desus sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada Sony akan melancarkannya ataupun tidak. Jika ya, maka kita mungkin akan dapat melihatnya sekitar bulan Mac 2016 kelak – selari dengan acara Mobile World Congress.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Sony Xperia Z5 Ultra Dijangka Hadir Pada Mac 2016"