Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Untuk Windows Phone Dikemaskini Dengan Sokongan Menghantar DM Tanpa Had Aksara

TwitterTwitter sebelum ini mengehadkan penghantaran Direct Message (DM) kepada hanya sekitar 140 aksara sahaja. Bermula bulan Ogos lepas, Twitter telah mula menawarkan kemudahan untuk pengguna menghantar DM tanpa had aksara di web, aplikasi Android dan juga iPhone.

Kini, aplikasi Twitter untuk Windows Phone turut dikemaskini, membolehkan pengguna menghantar Direct Message tanpa had aksara.

Dengan penawaran ini, Twitter kini membolehkan pengguna untuk berkongsi mesej yang lebih panjang – sehingga 10000 aksara, sekaligus memudahkan lagi anda menyampaikan mesej yang panjang secara peribadi kepada pengguna lai – tanpa perlu menghantar sesuatu mesej dalam pelbagai pecahan seperti sebelumnya.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun aplikasi Twitter untuk Windows Phone versi baru dan menggunakan fungsi baru yang ditawarkan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Twitter Untuk Windows Phone Dikemaskini Dengan Sokongan Menghantar DM Tanpa Had Aksara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info